Saturday, November 3, 2012

Rampasan kuasa 4 Februari 2009 masih menghantui MB Mahkamah Zambry Kadiaq...

memang  kena lah tu...taruk kapor kat dahi pulak..
Rampasan kuasa 4 Februari 2009 masih menghantui MB Mahkamah Zambry Kadiaq...
Walaupun saban hari laporan-laporan yang begitu optimistik dalam media aliran utama tentang kekuatan BN Perak dan Menteri Besarnya, Zambry Abdul Kadir, namun pada realitinya Barisan Nasional negeri (BN) masih dihantui dengan peristewa2 malang 2009. Peristewa 2009 masih menghantui Zambry dan BN Pera
k.

Seorang tokoh veteran BN tempatan mengaku bahawa rakyat Perak tidak pernah lupa tentang ‘rampasan kuasa’ yang berlaku dalam 2009, selepas Pakatan Rakyat mengambil alih lima buah negeri – Perak, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor – dalam pilihan raya umum ke-12 setahun terdahulu.

Dalam satu pengambilalihan balik kuasa, BN telah merampas Perak dari Pakatan Rakyat.

Ini telah mencetuskan satu krisis perlembagaan di Perak bila mana orang ramai menyoal mengenai kesahihan kerajaan BN Perak yang dibentuk pada Februari 2009.

Ia bermula apabila tiga ADUN Pakatan Rakyat berpaling tadah kepada BN, membolehkan BN mendapat majoriti tipis.

MB Pakatan Rakyat Mohd Nizar Jamaluddin yang dipilih secara demokrasi, kemudian dengan segera meminta untuk membubarkan DUN Perak dengan mengadakan pilihanraya baru tetapi Sultan Perak, sebaliknya telah meminta BN untuk membentuk sebuah kerajaan negeri yang baru.

Drama politik berlarutan, dari satu kes ke satu mereka naik turun mahkamah secara bersiri-siri, sehinggalah Mahkamah Persekutuan mengesahkan pada 2010 yang Zambry Kadir sebagai MB Perak yang sah.

Bercakap kepada FMT, veteran BN berkata janji-janji politik dan hadiah-hadiah yang dijanjikan oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak tidak cukup untuk memenangi hati nurani para pengundi dan BN yang kian kehilangan sokongan.

“Kami mengunjungi pelbagai tempat serta menemui orang ramai, sebelum kami membuat keputusan muktamad ini. Adalah agak sukar bagi BN di Perak,” katanya.


Perebutan kuasa di kalangan UMNO Perak

Katanya banyak masalah telah ditimbulkan di negeri itu dan kemungkinan besar MB Zambry diketepikan dari jawatan MBnya dalam pilihanraya umum akan datang.

“Saya percaya Zambry tidak dihormati walaupun di peringkat parti kerana dia bukan seorang negarawan,” kata veteran itu.

Untuk mengukuhkan hujahnya, sumber itu berpendapat bahawa kerajaan Perak dikawal oleh Najib, Ahmad Zahid Hamidi merangkap Menteri Pertahanan dan bekas MB Perak,Tajol Rosli.

“Zambry hanyalah orang suruhan pemimpin-pemimpin ini untuk kendalikan kerajaan negeri. Ini menyakitkan hati pemimpin2 BN yang lain, terutama mereka yang tidak digemari oleh Ahmad Zahid dan Tajol Rosli.

“Wujud juga amalan2 pilih kasih dan dwistandard ketika memberi peruntukan untuk bahagian-bahagian.

“Bahagian-bahagian yang menjadi sekutu Tajol Rosli dan Ahmad Zahid Hamidi telah menerima bantuan wang lebih banyak daripada bahagian2 lain.

“Terdapat juga pertelingkahan dalaman dalam UMNO Perak atas pemilihan calon-calon.

Terdapat juga faktor2 lain yang akan menyumbang kepada kejatuhan UMNO di Perak.

Zambry sebenarnya bukanlah pilihan MB orang ramai di Perak,” kata orang dalam itu.

No comments:

Post a Comment