3 November 2012
TUMPAT - Kudratnya semakin terbatas sejak menderita penyakit kencing manis selama 12 tahun, sementara seorang anaknya pula terlantar sejak lahir kerana menghidap penyakit hydrocephalus.
Keperitan hidup Saniah Taib, 52, bermula sejak dua bulan lalu, apabila penyakit kencing manisnya semakin serius sehingga menyebabkan kakinya luka sendiri.
Saniah berkata, sejak itu dia tidak dapat bergerak bebas apatah lagi untuk menguruskan anak bongsunya, Amni Nur Nadira Che Idris, 7, yang menghidap hydrocephalus iaitu air dalam kepala.
“Simptom hydrocephalus menyebabkan kepala anak saya besar, tidak dapat berjalan, bertutur dan hanya mampu terlantar sejak lahir.
“Menguruskannya seperti menguruskan bayi baru lahir, dengan keadaan saya yang tidak sihat, sukar untuk menjaganya,” katanya yang mempunyai 11 anak, enam cucu.
Namun katanya, dia bersyukur kerana anak kelimanya, Norzima, 24, sanggup berhenti kerja di Kuala Lumpur untuk membantunya mengurus Amni.
“Sekarang ini Norzima yang mengambil alih sepenuhnya tugas saya menjaga Amni,” katanya yang tinggal di Pulau Teluk Rejuna, di sini.

Saniah berkata, dia berharap luka di kakinya itu cepat sembuh, kerana keadaan itu menyukarkannya untuk bergerak.
“Amni berbadan gempal, untuk mendukungnya seorang diri memang tidak mampu, sekiranya kaki saya sembuh boleh saya bantu Norzima,” katanya.
Menurutnya, kadangkala dia meminta bantuan suaminya, Che Idris Che Deraman, 63, mendukung Amni untuk memandikannya di bilik air setiap pagi.
“Sekiranya ada kerusi roda, ia dapat memudahkan kami sekeluarga untuk menguruskan keperluan Amni, namun kami masih belum mampu membelinya,” katanya kepada pemberita.
Menurutnya, bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diterima setiap bulan, hanya cukup untuk menampung perbelanjaan susu Amni dan lampin pakai buangnya.
Katanya, manakala pendapatan suaminya yang bekerja sebagai tukang rumah cukup untuk perbelanjaan keluarga, kerana dia masih mempunyai seorang anak yang bersekolah di tingkatan enam.
"Berikutan itu, saya minta pihak berkenaan dapat menyumbangkan kerusi roda agar mudah menjaga Amni.

No comments:
Post a Comment