Sukarelawan membantu pelarian Rohingya untuk dapatkan perlindungan sementara di Thailand.
BANGKOK - Lebih 20 negara berjanji membantu lebih 850 pelarian Rohingya di selatan Thailand.
Wakil agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) di Thailand, Golam Abbas berkata, Austria, Belgium, Perancis, Jerman, Australia, Amerika Syarikat, New Zealand dan Kesatuan Eropah bersetuju berbuat demikian.
“Pejabat Pesuruhjaya Tinggi PBB sudah mendapatkan kebenaran Thailand untuk mengakses pelarian Rohingya,” katanya.
Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra berkata, kerajaan akan mengarahkan Kementerian Luar untuk bekerjasama dengan PBB mengenai isu itu.
“PBB mengalu-alukan jaminan awam dari Thailand, bahawa kumpulan pelarian itu akan menerima bantuan sementara di Thailand sejajar dengan perintah Undang-Undang Antarabangsa PBB. - AFP

No comments:
Post a Comment