Saturday, January 19, 2013

Sembunyi di bawah katil



PARIS 18 Jan. - Seorang rakyat Perancis yang diselamatkan dalam serbuan tentera Algeria ke atas kompleks pemprosesan gas di In Amenas, timur Algeria, semalam berkata, dia terpaksa bersembunyi di bawah katil selama 40 jam sebelum ditemui.
Alexandre Berceaux yang ditemu bual stesen radio Europe 1, hari ini berkata, serbuan awal ke atas kompleks itu agak mengejutkan mereka kerana ia dikawal ketat oleh kumpulan militan.
‘‘Terdapat selang beberapa waktu ketika serangan bertalu-talu dilancarkan tentera Algeria ke atas kedudukan pengganas dalam serbuan itu.
‘‘Terdapat pengganas dan ekspatriat serta penduduk tempatan yang maut dalam serbuan (tentera Algeria) itu,’’ katanya, sambil menambah kata bahawa dia kemudiannya di bawa ke lokasi berdekatan dan tidak pasti sama ada serbuan diteruskan oleh tentera Algeria hari ini. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130119/lu_03/Sembunyi-di-bawah-katil#ixzz2IOKcjdj1
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment