Saturday, January 19, 2013

Papan iklan milik Pas dibakar

Papan iklan milik Pas dibakarZulkefly (tiga, kiri) di hadapan papan iklan ‘Janji Pakatan Rakyat’ yang dipercayai dibakar pihak tidak bertanggungjawab.
SEREMBAN -  Sebuah papan iklan Pas di Kampung Sungai Jai, Lenggeng, di sini dipercayai dibakar oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Penasihat Majlis Tindakan Dun Lenggeng, Zulkefly Mohamad Omar berkata, papan iklan ‘Janji Pakatan Rakyat’ tersebut dipercayai dibakar tiga hari lalu berdasarkan maklumat salah seorang saksi.

“Tindakan ini jelas melihat betapa terdesak dan takutnya pihak tertentu terhadap janji Pakatan Rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

“Ini menunjukkan Pakatan Rakyat lebih awal kemukakan manifesto berbanding Barisan Nasional (BN). Ini terbukti kita telah bersedia untuk menunaikan janji negara berkebajikan kepada rakyat,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Berikutan kejadian itu, Timbalan Ketua Cawangan Pas Kampung Sungai Jai, Ibrahim Jalil membuat satu laporan polis di Balai Polis Lenggeng, semalam.

No comments:

Post a Comment