Saturday, January 19, 2013

Tentera Mali kuasai semula Diabaly



BAMAKO 19 Jan. - Tentera Mali yang mendapat bantuan tentera Perancis semalam berjaya menawan semula pusat bandar Diabaly, bandar kedua selepas gabungan tentera itu menguasai semula pusat bandar Konna pada hari yang sama.
``Diabaly kini bebas, kumpulan militan telah meninggalkan kawasan ini dan tentera Mali bersama tentera Perancis telah memasuki bandar ini,’’ kata seorang ahli majlis perbandaran tempatan.
Kenyataannya itu disahkan oleh seorang sumber keselamatan serantau. Diabaly ditawan kumpulan militan sejak Isnin lalu. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130119/lu_10/Tentera-Mali-kuasai-semula-Diabaly#ixzz2IOLRXLFf
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment