Saturday, January 19, 2013

Myanmar henti tindakan ketenteraan ke atas pemberontak Kachin



NAYPYIDAW 19 Jan. - Myanmar semalam mengumumkan untuk menghentikan tindakan ketenteraan ke atas pemberontak Kachin di utara negeri Kachin di tengah-tengah kebimbangan antarabangsa berhubung konflik itu.
Kenyataan dari kementerian penerangan Myanmar menyusul selepas Parlimen negara ini meluluskan usul untuk menghentikan pertempuran yang dilihat menggagalkan hasrat pembaharuan politik Myanmar.
``Ketua Komander mengesahkan bahawa tentera Tatmadaw akan mengikut arahan Presiden supaya tidak menyerang melainkan sebagai langkah mempertahankan diri,’’ kata kenyataan itu. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130119/lu_11/Myanmar-henti-tindakan-ketenteraan-ke-atas-pemberontak-Kachin#ixzz2IOJqcZ4P
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment