Tsu Ming (tengah) bersama Mohd Afandi ketika melawat keadaan rumah Nor Haslindawati di Kampung Padang, semalam.
KUANTAN – Hati ibu mana yang tidak luluh apabila terpaksa berpisah dengan tiga anak yang masih bersekolah dan memerlukan perhatian.
Namun walau seberat manapun perasaannya, Nor Haslindawati Abdullah, 33 harus menghadapinya demi kebaikan mereka sekeluarga.
Dia yang kematian suami dua tahun lalu terpaksa berpisah dengan anaknya Nur Ziana Asmira, 13, Mohd Amirul Hakimi, 12 dan Mohd Azrul Haikal, 10 yang akan ditempatkan di rumah perlindungan di Alor Akar buat sementara waktu bagi membolehkan rumah peninggalan arwah suaminya, Razwan Jantan di Kampung Padang yang sudah uzur dibaikpulih.
Katanya, rumah yang didiami selama ini sudah rosak selain tidak mempunyai sebarang kelengkapan manakala punti dan tingkap pula sudah tercabut.
"Arwah suami diserang strok pada 2008, manakala saya pula menghidap kencing manis dan tidak boleh melakukan kerja berat," katanya.
Sejak itu mereka sekeluarga terputus sumber pendapatan dan hanya mengharap belas ihsan orang lain untuk meneruskan kehidupan.
Kata Nor Haslindawati, keadaan mereka lebih sukar apabila suaminya meninggal pada 2010.
"Dengan rumah yang uzur, tiada kemudahan bekalan air dan elektrik kerana dipotong akibat tidak mampu membayar bil tertunggak, saya menebalkan muka menumpang di rumah jiran," katanya kepada pemberita semalam.
Tidak sanggup melihat anak yang hidup dalam kemiskinan dan tidak mahu membebankan jiran, Nor Haslinda mengagahkan diri bekerja sebagai pembantu kedai di Bandar Kuantan dengan upah RM30 sehari.
Namun kini dia bersyukur kerana kepayahannya mendapat perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) walaupun terpaksa menanggung kesedihan berpisah dengan anak buat sementara waktu.
“Anak saya akan ditempatkan di rumah perlindungan di Alor Akar sejak 4 Januari lalu sehingga rumah kami siap dibaikpulih.
"Saya tidak sabar menunggu rumah itu siap agar dapat bertemu dan tinggal bersama anak-anak semula, saya sudah tidak tahan menanggung rindu kepada mereka," katanya.
Sementara itu, Adun Semambu, Datuk Phang Tsu Ming bersama Ketua Penolong Pengarah Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri, Mohd Afandi Abd Rani turun padang melihat sendiri keadaan rumah Nor Haslindawati yang disifatkan sangat daif.
Tsu Ming berkata, bantuan baik pulih rumah keluarga berkenaan akan dijalankan secepat mungkin supaya keluarga itu dapat menjalani kehidupan lebih baik.
“Kita terkejut melihat keadaan rumah keluarga ini yang tidak dilengkapi sebarang kemudahan termasuk bil air dan api tertunggak kira-kira RM2,000.
“Pada awalnya pihak kerajaan hanya akan memperuntukkan bantuan sebanyak RM 3000 tetapi melihatkan keadaan rumah ini sekarang paling minimum boleh diberikan sekitar RM8,000," katanya.
Kata beliau, kerja baik pulih akan dilakukan dalam tempoh terdekat dan mungkin memakan masa seminggu.

No comments:
Post a Comment