Saturday, January 19, 2013

Lagi pembunuhan kejam di Syria



DAMSYIK - Lebih 100 orang awam dilaporkan menjadi mangsa pembunuhan beramai-ramai terbaru di Syria pada Selasa lalu.

Difahamkan, insiden menggemparkan itu berlaku di kawasan ladang di utara Homs, di mana kira-kira 1,000 penduduk mendapatkan perlindungan daripada menjadi korban pertempuran yang semakin meruncing di negara tersebut.

Saksi mendakwa, tentera kerajaan bertindak tanpa perikemanusiaan dengan membunuh dan membakar mayat termasuk wanita serta kanak-kanak di kawasan kejiranan itu.

Susulan kejadian tersebut, kumpulan pemerhati itu menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menghantar pasukan mereka untuk menyiasat insiden pertumpahan darah terbabit. - AFP

No comments:

Post a Comment