DAMSYIK - Kerajaan Syria memberi kebenaran kepada Program Makanan Sedunia (WFP) di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menghantar bekalan makanan kepada 2.5 juta penduduk di seluruh negara itu.
Kelmarin, Ketua WFP, Ertharin Cousin berkata, mereka akan bekerjasama dengan kumpulan bantuan tempatan untuk menjayakan usaha itu.
"Kami telah mengenal pasti 44 NGO yang akan turut serta memberi bantuan kepada 2.4 juta penduduk di negara bergolak itu," jelasnya.
Pada masa ini, sebarang bantuan makanan hanya boleh disampaikan melalui Persatuan Bulan Sabit Merah di Syria.
Difahamkan, ia hanya dapat diterima kira-kira 1.5 juta penduduk. - Al-Jazeera
No comments:
Post a Comment