17 Januari 2013
DAMSYIK - Presiden Syria, Bashar al-Assad akan bertanding dalam pilihan raya pada tahun hadapan, sekali gus menetapkan pendiriannya untuk tidak berundur, menurut timbalan menteri luar, kelmarin.
Faisal Muqdad berkata, ia akan dijalankan mengikut sistem demokrasi dan presiden juga mempunyai hak untuk bertanding sekali lagi walaupun mungkin akan ditentang banyak pihak memandangkan konflik semakin meruncing di negara itu.
"Assad dan calon yang mahu bertanding pada tahun depan juga akan turun padang bertemu dengan rakyat semasa berkempen," jelasnya.
Dalam ucapannya pada 5 Januari lalu, Assad mengumumkan cadangan tiga langkah pelan damai yang ditolak bulat-bulat oleh kumpulan pembangkang dan negara Barat serta turut dikritik Utusan Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)-Liga Arab,
Lakhdar Brahimi.
Dalam perkembangan lain, sekurang-kurangnya 87 maut manakala lebih 100 cedera parah dalam insiden letupan berkembar di sebuah universiti di Aleppo pada hari pertama peperiksaan sedang berlangsung.
Kumpulan hak asasi manusia Syria berpusat di Britain melaporkan angka kematian dijangka meningkat.
Pihak berkuasa juga masih gagal punca letupan yang turut menyebabkan beberapa kereta dan dinding asrama musnah.
Dalam satu kenyataan lain, aktivis mendakwa tentera pro-Assad telah melancarkan dua serangan udara pada masa tersebut manakala media tempatan pula menuduh kumpulan pemberontak yang bertanggungjawab ke atas kejadian itu. - AP

No comments:
Post a Comment