17 Januari 2013
HEBRON - Pihak berkuasa Israel dilaporkan telah merobohkan beberapa rumah penduduk Palestin, struktur pertanian dan berek milik keluarga al-Hathaleen berhampiran penempatan haram Carma'il yang dibangunkan di kawasan Yatta, selatan Hebron pada Isnin lalu.
Penyelaras Jawatankuasa Membantah Penempatan Haram di Yatta, Rateb al-Jbour berkata, jentolak milik rejim Zionis sewenang-wenangnya merobohkan harta-benda milik penduduk Palestin tanpa mengendahkan bantahan individu yang cuba menghalang proses itu.
Al-Jbour berkata, tindakan tersebut dilakukan tanpa sebarang notis awal dan ia sememangnya dilakukan sebagai persediaan untuk merampas keseluruhan tanah untuk meluaskan lagi penempatan haram golongan Yahudi.
"Tentera Israel turut mengusir penduduk Palestin yang tinggal di kawasan itu. Ia bukan pertama kali dilakukan kerana sebelum ini rejim Zionis telah merobohkan banyak rumah dan struktur yang didakwa kononnya dibina di atas kawasan milik tentera," jelasnya lagi. - PNN

No comments:
Post a Comment