JOHOR BAHRU – PKR Cabang Johor Bahru mendakwa terdapat tindakan provokasi lebih 100 orang yang bertindak menghalang ceramah parti itu di Flat Sri Stulang, di sini malam, kelmarin.
Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad yang mendakwa turut disepak dalam kejadian itu meluahkan rasa kesal apa yang berlaku dan telah membuat laporan polis.
Nik Nazmi berkata, dalam kejadian itu, dia bersama beberapa pemimpin PKR negeri dihalang daripada memasuki tapak ceramah oleh sekumpulan individu memakai baju T berwarna biru ketika tiba di lokasi kejadian.
“Saya tiba di tempat kejadian sekitar jam 8.30 malam bersama pemimpin lain, namun kehadiran kami disekat.
“Salah seorang dari mereka bertindak menyepak saya di bahagian lutut selain ada yang turut melakukan provokasi dengan menghamburkan kata-kata makian terhadap kami.
“Kami terpaksa bertindak masuk semula ke dalam kenderaan namun mereka masih terus melakukan provokasi dan bertindak menendang kenderaan,” katanya.
Dakwanya lagi, sebahagian daripada mereka turut menimbulkan kekacauan dengan membuat bising menaiki motosikal sambil mengibarkan bendera parti mereka manakala bendera yang digantung penganjur ceramah disabotaj.
Nik Nazmi yang juga Adun Seri Setia berkata, kejadian itu membuktikan politik samseng masih lagi diamalkan parti itu kerana kebimbangan mereka terhadap pengaruh Pakatan Rakyat (PR) di situ.
Sementara itu, Ketua Wanita PKR Cabang Johor Bahru, Tan Poh Lai berkata, kejadian itu turut menyebabkan kerosakan pada kenderaannya akibat ditendang.
“Selepas percubaan kami selama satu jam untuk memasuki tapak ceramah tidak berjaya, saya dan Nik Nazmi bertindak membuat laporan di balai polis berhampiran.
“Mereka bukan hanya menghalang ceramah kami malah tanpa rasa malu turut menghabiskan semua makanan yang kami sediakan pada malam itu,” katanya.
Bagaimanapun katanya, beliau menghargai kerjasama diberikan pihak polis yang membantu mengawal keadaan namun kesal kerana arahan yang diberikan polis tidak diendahkan kumpulan

No comments:
Post a Comment