Dasar Netanyahu dikritik
Kehidupan rakyat Palestin dirundung ketakutan dan kesedihan sejak Israel merampas tanah mereka.
BAITULMAQDIS - Kumpulan pemerhati Israel mendedahkan, dasar penempatan haram Yahudi yang dilancarkan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu sejak empat tahun lalu, bertujuan untuk menyukarkan Palestin diiktiraf sebagai sebuah negara.

Menurut kenyataan Kumpulan Peace Now, hampir 40 peratus pembinaan era Netanyahu dilaksanakan di kawasan pedalaman Tebing Barat berbanding dengan 20 peratus di bawah pemerintah terdahulu.

"Beliau telah meluluskan beberapa projek besar di kawasan pedalaman," katanya dalam laporan yang dikeluarkan seminggu sebelum pilihan raya Israel.

Setakat ini, kawasan Tebing Barat, Gaza dan Baitulmaqdis masih didiami penduduk Palestin walaupun lebih 500,000 oorang diusir pada tahun 1967 sewaktu Israel menawan wilayah berkenaan.

Bagaimanapun, Netanyahu berkata pihaknya bersetuju berunding tetapi tetap mahu merampas Baitulmaqdis dan beberapa bahagian di Tebing Barat.  - AP