Thursday, January 17, 2013

Militan Algeria tahan 41 tebusan pekerja asing



ALGIERS 17 Jan. - Seramai 41 pekerja asing dijadikan tebusan manakala dua lagi dibunuh selepas sekumpulan militan Algeria menyerang sebuah pusat galian minyak milik syarikat Britain, BP, semalam.
Akhbar tempatan El Watan melaporkan kesemua pekerja tersebut merupakan rakyat Amerika Syarikat (AS), Jepun, Perancis dan Britain, yang kini ditahan oleh militan berkenaan di sebuah kubu berdekatan kawasan galian minyak In Amenas.
Akhbar Dernieres Nouvelles d’Algerie (DNA) pula melaporkan, kumpulan penyerang terbabit mengugut untuk memusnahkan pusat galian itu sekiranya tentera Algeria yang kini mengepung kawasan berkenaan, melancarkan serangan bagi membebaskan kesemua tebusan. - dpa


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130117/lu_11/Militan-Algeria-tahan-41-tebusan-pekerja-asing#ixzz2IFCvOtDo
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment