DAMSYIK: Sekurang-kurangnya 87 terkorban dalam dua letupan bom di kampus Universiti Aleppo ketika penuntut menduduki peperiksaan semalam.
Tiada pihak mendakwa bertanggungjawab tetapi kerajaan dan pejuang pembebasan masing-masing menyalahkan satu sama lain.
Syaria tutup universiti
Aktivis pembangkang berkata, jet kerajaan melancarkan serangan udara, manakala pegawai tentera bertegas, pejuang pembebasan membedil peluru berpandu dan jatuh di kawasan itu.
Universiti itu terletak di kawasan dikawal kerajaan di zon perang yang digegarkan dengan keganasan sejak musim panas lalu apabila tentera rejim melancarkan serangan untuk mengekang kemaraan pejuang pembebasan.
Agensi berita SANA berkata, ia adalah hari pertama peperiksaan dan ia terpaksa ditangguhkan, manakala semua universiti ditutup sebagai tanda berkabung. - AFP
No comments:
Post a Comment