SEORANG ibu tua, Ummu Ali tidak pernah dapat melupakan detik-detik menyayat hati dialaminya. 23 tahun lalu, wanita ini melihat dengan mata kepalanya sendiri bagaimana anaknya Zainab, 9, Fahad, 11, dan Ali, 13, disembelih dengan pisau.
"Selama 23 tahun saya terus mendengar suara Zainab merayu ummi, ummi sebelum lehernya disembelih," kata Ummu Ali sambil menangis.
Tidak ada musuh sekejam Israel. Rejim Zionis itu terus menyerang, membunuh dan memusnahkan bukan sahaja harta benda malah meremukkan hati dan perasaan warga Palestin yang cukup menderita selama ini.
Lebih menyedihkan walaupun perjanjian gencatan senjata antara pejuang Palestin dengan tentera Israel telah dipersetujui, namun ia tidak memberi apa-apa makna kepada rejim Zionis itu.
Penderitaan di Palestin ini sememangnya dilakukan rejim Zionis tanpa mengira batas usia dan jantina.
Lebih malang kanak-kanak dan golongan remaja yang baru mengenal dunia turut sama dihambat tentera Israel, malah ada yang disumbat ke penjara hanya atas alasan remeh.
Patutkah mereka ini yang mewarisi perjuangan keluarga dengan hanya melontar batu dianggap terlalu bahaya sehingga perlu dimusnahkan dengan senjata berat Israel?
Tidakkah pihak terkutuk ini boleh mengukur keupayaan insan kerdil ini dengan kemampuan mereka yang jauh lebih moden lengkap pesawat canggih dan senjata terkini?
Pastinya ukuran itu sudah cukup jelas untuk membezakan keupayaan sebenar namun hanya kerana pihak Zionis ini begitu beria mengatakan bahawa mereka ialah insan dan kaum terpilih, nyawa rakyat Palestin seolah-olah langsung tiada nilai bagi mereka.
Kita sebagai rakyat Malaysia yang prihatin dan penyayang boleh menunjukkan sokongan dengan membantu menyalurkan sumbangan ke Tabung Kemanusiaan Gaza- Sinar Harian yang menyampaikan bantuan secara terus kepada rakyat Palestin.
Bagi mereka yang prihatin dan ingin menderma boleh menyumbang ke akaun Sinar Karangkraf menerusi akuan Maybank 506164-019988 atau hubungi Sinar Harian ditalian 03 -51013888.

No comments:
Post a Comment