TEHERAN - Iran, kelmarin mengumumkan bahawa mereka telah menaik taraf mesin pengayaan uranium bertujuan untuk meningkatkan lagi keupayaan program nuklear yang didakwa sedang dibangunkan oleh negara itu.
Ketua Organisasi Tenaga Atom, Fereydoon Abbasi Davani berkata, centrifuge dengan sistem kecekapan lebih tinggi (alat berfungsi untuk meningkatkan keupayaan pengayaan uranium) tersebut telah dipasang di loji nuklear Natanz.
"Pemasangan centrifuge baru ini dilakukan kira-kira sebulan lalu dan prosesnya masih terus berjalan," katanya.
Tetapi, beliau tidak memberi butiran lanjut mengenai jumlah sebenar centrifuge yang telah dipasang setakat ini.
Dalam perkembangan lain, Iran turut memaklumkan bahawa mereka telah mencapai persetujuan dengan beberapa perkara yang dirundingkan bersama pakar Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).
Sementara itu, ketua pemeriksa IAEA, Herman Nackaerts pula mendakwa rundingan bersama Teheran itu gagal mencapai kata sepakat selepas cadangan untuk meningkatkan pemeriksaan ke atas projek pembangunan nuklear di negara tersebut ditolak bulat-bulat oleh Wakil Iran ke IAEA, Ali Asghar Soltanieh. - AFP

No comments:
Post a Comment