Friday, February 15, 2013

Pegawai kanan Iran ditembak


Beirut: Beberapa penyerang menembak mati seorang pegawai kanan Iran di Syria ketika dia melalui jalan menuju ibu negara Lubnan, kata pihak berkuasa semalam.

Kedutaan Iran di Beirut berkata, “pengganas bersenjata” membunuh seorang lelaki dikenali sebagai Hessam Khoshnevis juga dikenali sebagai Hassan Shateri yang terbabit dalam proses pembinaan semula di Lubnan. Pengawal Revolusi pula menyatakan, mangsa ialah seorang komander unit tentera Iran, Hassan Shateri.


Menurut jurucakap pasukan itu, Hassan terbunuh ketika dalam perjalanan dari Damsyik ke Beirut. “Hassan terbunuh di tangan ejen rejim Zionis dan penyokong mereka,” katanya. Menurut jurucakap itu, Hassan juga Ketua Jawatankuasa Pembinaan Semula Lubnan. - AFP

No comments:

Post a Comment