Friday, February 15, 2013

Kesal keluarga jadi sasaran



Jakarta: Presiden Susilo Bambang Yudhoyono semalam menyuarakan rasa kesalnya kerana keluarganya kini sering menjadi bahan kritikan dan fitnah.

Beliau menyifatkan keadaan ketika ini sebagai tempoh paling sukar untuk beliau dan keluarganya.


“Ini masa yang paling berat bagi saya dan keluarga. Sejak 2004, kami berdepan keadaan sukar, tetapi kini lebih buruk lagi kerana sejak akhir-akhir ini saya dan keluarga sering menjadi bahan tohmahan dan juga fitnah,” katanya kepada wartawan di Istana Negara di Jakarta. Bagaimanapun, Susilo mendakwa dia sudah bersedia untuk menghadapi pelbagai ‘serangan’ yang ditujukan kepadanya. Namun, keadaan berbeza dengan keluarga dan rakanya “Keluarga dan rakan saya sering menjadi mangsa dan saya prihatin serta simpati paa nasib mereka,” katanya.

Walaupun sering berdepan tohmahan, keadaan itu tidak memutuskan semangat Susilo untuk terus memimpin Indonesia sehingga pilihan raya tahun depan.


“Setiap kali bertemu rakyat, puluhan ribu yang akan menyapa saya. Semua itu memberikan saya tenaga untuk meneruskan amanat yang telah diberikan kepada saya. Saya dan keluarga sedia berkorban hingga tahun depan,” katanya. - Republika

No comments:

Post a Comment