15 Februari 2013
JAKARTA - Setiausaha Agung Parti Demokrat (PD), Edhie Baskoro Yudhoyono, yang juga anak lelaki Presiden Indonesia Susilo Bambang
Yudhoyono semalam mengundurkan diri sebagai anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia dengan alasan ingin menumpukan perhatian kepada tugas parti.
"Secara resmi saya mengundurkan sebagai anggota DPR RI.
"Saya akan menumpukan perhatian untuk menjalankan tugas sebagai setiausaha agung PD yang hari-hari mendatang mengambil tenaga dan waktu. Kalau tetap jadi anggota DPR RI, tidak akan berjalan dengan baik," kata Ibas semasa mengumumkan keputusannya itu kepada media di sini hari ini.
Parti Demokrat, parti pemerintah yang diasaskan Presiden Yudhoyono, kini melalui ujian paling getir setelah dua bekas pegawai kanan parti itu, yang juga bekas anggota DPR, terlibat dalam skandal rasuah dan telah dihukum penjara dan denda kerana jenayah rasuah.
Seorang lagi bekas pegawai kanan parti itu, bekas Menteri Belia dan Sukan Andi Mallarangeng pula sedang menghadapi satu kes rasuah membabitkan projek pembinaan kompleks sukan di Hambalang, di Bogor, Jawa Barat.
Andi, yang didakwa sebagai suspek dalam kes itu oleh Suruhanjaya Pembenterasan Rasuah (KPK) Indonesia, meletakkan jawatan kabinetnya baru-baru ini untuk menumpukan perhatian bagi menghadapi kes itu.
Dalam kenyataan kepada media hari ini, Ibas berkata beliau memikul tanggungjawab dan harus bekerja keras untuk melakukan langkah-langkah bagi menyelamatkan Parti Demokrat.
Presiden Yudhoyono yang mengulas keputusan Ibas pada petang ini menyatakan rasa bangga dengan anak lelakinya itu kerana berani mengundurkan diri sebagai anggota DPR setelah muncul berita tentang ketidakhadirannya dalam persidangan dewan itu baru-baru ini.
"Saya mungkin subjektif, tetapi sebagai ayah saya bangga Ibas bertanggungjawab, sekali gus meminta maaf atas insiden ketidakhadiran beliau beberapa hari yang lalu dalam rangkaian sidang dewan yang dilaksanakan di DPR RI," katanya.
Yudhoyono, yang juga Ketua Dewan Pembina Parti Demokrat berkata, beliau menyokong sepenuhnya keputusan Ibas itu.
Presiden Indonesia itu berkata, Ibas sebelum ini telah menyampaikan hasratnya untuk mengundurkan diri sebagai anggota DPR kepada beliau serta anggota keluarga yang lain dan mereka sepakat menghormati keputusan beliau setelah membahaskan perkara itu. - Bernama

No comments:
Post a Comment