Sunday, March 24, 2013

2 warga Kanada dikenal pasti terbabit dalam serangan di In Amenas, Algeria



MONTREAL: Sekurang-kurangnya dua warga Kanada dikenal pasti antara anggota militan yang menyerang Kompleks Pemprosesan Petroleum dan Gas (OGPC) di In Amenas, Algeria, Januari lalu, kata polis persekutuan hari ini.

Pihak polis mengesahkan bahawa seorang daripadanya adalah antara pejuang Al-Qaeda yang mempunyai kaitan dalam serangan di kilang pemprosesan, timur Algeria itu.
“Polis Diraja Kanada juga mengesahkan suspek kedua dikenal pasti daripada mayat pengganas yang terbabit dalam tragedi itu,” kata jurucakap Greg Cox dalam satu kenyataan.

Sekurang-kurangnya 38 tebusan termasuk 37 warga asing dan seorang warga tempatan terbunuh manakala 29 militan maut dalam insiden itu. - AFP

No comments:

Post a Comment