24/03/2013 6:00am
KANO - Sejumlah 25 orang maut di timur Nigeria apabila sekumpulan penyerang meletupkan sebuah penjara, balai polis menggunakan bom, mesingan dan pelancar grenad, kata polis semalam.
“Kami mengesahkan 25 kematian dalam serangan kelmarin di bandar Ganye termasuk ketua warden penjara, seorang anggota polis dan ahli politik tempatan,” kata ketua polis negeri Adamawa, Mohammed Ibrahim.
Menurutnya, kumpulan bersenjata itu yang turut menyerang sebuah bar bertindak membebaskan sejumlah banduan dan melarikan wang dari bank tersebut.
Jelas Mohammed, tujuh orang ditembak mati di bar berhampiran bank tersebut manakala sebahagian lagi mang sa diserang di luar kediaman mereka dan di jalan-jalan raya. - AFP
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0324&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_09.htm#ixzz2OPXNKkTx
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment