YOGYAKARTA, Indonesia - Sekurang-kurangnya 17 orang lelaki bertopeng yang mahir menggunakan senjata menyerbu penjara Cebongan di sini pada awal pagi semalam dan membunuh empat orang tahanan yang dituduh membunuh seorang pegawai tentera.
Mereka dikatakan marah berikutan kematian seorang ahli unit tentera elit Indonesia, Kopassus di sebuah kafe, jelas ketua polis Brigedier Jeneral Sabar Rahardjo.
Penyerang turut mencederakan beberapa orang pengawal keselamatan dan memaksa mereka membuka bilik kurungan.
Empat orang tahanan itu kemudian ditarik keluar dan ditembak mati menggunakan senjata automatik. Pasukan itu juga memusnahkan kamera pengawasan sebelum melarikan diri.
"Mereka sangat profesional. Semuanya dilakukan dalam tempoh lima minit sahaja," kata Rahardjo.
Pasukan penyiasat polis dan tentera masih mengumpul bukti di tempat kejadian. Beberapa orang saksi turut disoal siasat.
"Sesiapa sahaja yang melakukan serangan ini akan ditangkap dan didakwa," kata Menteri Hal Ehwal Politik, Undang-undang dan Keselamatan, Djoko Suyanto. - Agensi
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0324&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2OP5Irt9K
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment