ISLAMABAD - Bekas Presiden Pakistan, Pervez Musharraf hari ini kembali ke Pakistan selepas lebih empat tahun hidup dalam buangan kendiri di Dubai.
Semalam, Taliban memberi amaran akan membunuh bekas pemimpin tentera itu.
Pervez yang berusia 69 tahun berkata, beliau bersedia menanggung risiko untuk bertanding dalam pilihan raya pada 11 Mei ini sebagai menandakan peralihan pertama kuasa demokratik dalam sejarah negara bersenjata nuklear itu.
“Saya mungkin berhadapan dengan ancaman bunuh oleh Taliban buat kali keempat namun saya bersedia untuk menghadapi semua cabaran itu selepas,” katanya di Lapangan terbang Dubai.
Dipetik AFP, katanya, beliau mahu meletakkan Pakistan pada landasan kemakmuran dan bebas dari keganasan.
Setibanya di Karachi, berpuluh anggota keselamatan berkawal dan tidak membenarkan beliau untuk bertemu dengan ribuan penyokongnya.
Media tempatan melaporkan beliau melawat makam ayahnya yang juga presiden pertama Pakistan, Mohammad Ali Jinnah sebelum mengadakan perhimpunan awam pada minggu ini.
Bekas jeneral tentera itu merampas kuasa pada 1999 tanpa pertumpahan darah dan meletak jawatan pada 2008 apabila sekutunya hilang undi dan kerajaan baru diterajui oleh Presiden Asif Ali Zardari mengancam untuk memecatnya.
Beliau kemudiannya meninggalkan Pakistan setahun kemudian.
Pervez juga menghadapi tuduhan, gagal menjaga keselamatan terhadap bekas Perdana Menteri, Benazir Bhutto sebelum pembunuhannya pada 2007 dan mempunyai kaitan dengan kematian pemimpin pemisah Baluch, Akhbar Khan Bugti pada 2006.
Menerusi laman web semalam, jurucakap Tehrik-i-Taliban berkata, pihaknya akan menghantar skuad mati untuk membunuh Pervez.
Salah seorang anggota skuad menggesa Pervez menyerah diri kepada kumpulan tersebut.

No comments:
Post a Comment