Sunday, March 24, 2013

Angka kematian keganasan di Myanmar meningkat 32 orang



24/03/2013 2:58am

MEIKTILA - Angka kematian akibat keganasan agama di sini, tengah Myanmar, meningkat kepada 32 orang semalam selepas pasukan penyelamat menemui beberapa lagi mayat di bawah timbunan abu rumah-rumah yang dibakar semasa kekacauan tercetus, kata seorang pegawai pemerintah.
“Bilangan mereka yang maut meningkat selepas pasukan keselamatan menemui 21 lagi mayat,” kata pegawai ber kenaan kepada agensi berita AFP.
Menurutnya, angka kematian itu dijangka terus me ningkat.
Setakat ini, hampir 9,000 orang hilang tempat tinggal selepas penduduk Islam dan penganut Buddha di sini bertempur pada Rabu lepas.
Pemerintah turut mengisytiharkan perintah darurat un tuk mengembalikan ketenteraman di bandar ini yang ter letak sekitar 130 kilometer ke utara ibu kota pentadbiran Myanmar, Naypyidaw. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0324&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_06.htm#ixzz2OPYr1lzC 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment