DAMSYIK - Ulama kanan pro-kerajaan Islam, Imam Sheikh Mohammad Said Ramadan al-Buti antara 42 yang maut dalam serangan pengebom nekad di dalam Masjid Eman yang terletak di tengah-tengah ibu kota Syria awal pagi semalam.
Serangan dilakukan pada sebelah petang itu menyaksikan pengebom nekad meletupkan dirinya sendiri ketika Sheikh Mohammad Said Ramadan al-Buti sedang mengadakan ceramah agama untuk pelajarnya.
Serangan di ibu negara semasa konflik Syria adalah biasa, namun serangan ke atas masjid itu amat mengejutkan kedua-dua pihak, kerajaan dan Tentera Pembebasan Syria (FSA).
Stesen televisyen Al-Arabiya melaporkan, jumlah kecederaan dilaporkan meningkat kepada 84 mangsa.
Dipetik AFP, jurucakap FSA, Loay Maqdad tampil memberi kenyataan bahawa FSA yang dikaitkan dalam siri serangan itu tidak mempunyai kaitan dan enggan bertanggungjawab.
“Kami dalam tentera pembebasan tidak mengambil sebarang tanggungjawab untuk serangan ini. Kami tidak melakukan jenis pengeboman bunuh diri dan kami tidak sasarkan masjid,” katanya.
Pemerhati Syria bagi Hak Asasi Manusia yang berpangkalan di Britain berkata, adalah tidak jelas sama ada letupan disebabkan oleh bom kereta atau mortar.
Namun, kematian Sheikh Mohammad Said Ramadan al-Buti disifatkan satu tamparan hebat kepada Presiden Bashar al-Assad, di mana beliau sedang berusaha menamatkan ancaman pemberontak di negara itu.

No comments:
Post a Comment