21 Mac 2013
NOUAKCHOTT - Seorang lelaki mendakwa sebagai jurucakap untuk Al-Qaeda di Utara Afrika, mendakwa seorang tebusan warga Perancis telah dibunuh di Mali.
Menurut AP, jurucakap pejabat luar negara Perancis berkata, kesahihan laporan pembunuhan Philippe Verdon yang diculik pada November 2011 masih belum disahkan sama ada dakwaan itu benar atau sebaliknya.
“Kami masih menunggu kenyataan rasmi daripada kerajaan Mali berhubung dakwaan itu,” katanya.
Agensi berita Mauritania pula melaporkan, seorang lelaki memperkenalkan dirinya sebagai Al-Qairawani berkata, Verdon yang dituduh sebagai perisik itu dibunuh pada 10 Mac lalu sebagai tindak balas ke atas tindakan campur tangan Perancis di Utara Mali.
“Tindakan ini sebagai amaran kepada Presiden Perancis, Francois Hollande supaya hentikan campur tangan di Mali,” katanya.
Seramai 15 warga Perancis termasuk Verdon dijadikan tawanan oleh Islamic Maghreb (AQIM) iaitu salah satu kumpulan sayap Al-Qaeda di Afrika.

No comments:
Post a Comment