Thursday, March 21, 2013

Tertuduh suspek pengganas tidak dibenar ikat jamin

Tertuduh suspek pengganas tidak dibenar ikat jamin
ANGGOTA polis mengawal ketat salah seorang dari lapan pengganas keluar dari Mahkamah Tinggi Tawau, hari ini untuk dibawa ke Penjara Tawau di Air Panas. - Foto Mohd Radzi Bujang TAWAU: Prosiding terhadap lapan suspek pengganas bermula di Mahkamah Tinggi Tawau pada jam 9.10 pagi tadi dengan pertuduhan dibacakan dalam bahasa Bajau Filipina dan Suluk oleh jurubahasa mahkamah.

Prosiding berlangsung selama hampir sejam dengan kesemua tertuduh memakai jaket khas yang mana mereka turut dikawal ketat empat anggota polis di sebelah kiri dan kanan.
Masing-masing diiringi ke dalam kandang tertuduh untuk dibacakan pertuduhan.


Kesemua tertuduh tidak dibenarkan jaminan kerana pertuduhan ke atas mereka termasuk dalam kesalahan yang tidak boleh dijamin.

Sementara itu, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail memberitahu Hakim P Ravindran bahawa pihaknya akan memastikan supaya tertuduh diberi hak untuk diwakili peguam selaras dengan kehendak hak asasi manusia dan semangat kerjasama antara negara ASEAN.

No comments:

Post a Comment