Parlimen lulus pindaan kes rogol
$entry.content.caption.value
NEW DELHI - Parlimen India meluluskan pindaan rang undang-undang bagi pesalah jenayah seks, dengan dijatuhi hukuman mati jika mangsa meninggal dunia atau penjara seumur hidup.

Ahli Parlimen Akali Dal,  Harsimrat Kaur Badal berkata, Parlimen juga meluluskan undang-undang terhadap kesalahan mengugut, meraba dan serangan asid.

“Mengikut pindaan undang-undang bagi jenayah ini, pesalah diperuntukkan hukuman penjara minimum 20 tahun atau penjara seumur hidup berbanding hanya penjara 10 tahun sebelum ini,” katanya.

Menurutnya, pindaan ini adalah langkah permulaan dalam menangani jenayah seks yang kian berleluasa hingga menyasarkan kepada pelancong asing.

“Pindaan ini juga merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan mengiktiraf kira-kira 1.2 bilion golongan wanita di India,” katanya dipetik AFP.

Jenayah rogol di India kini menjadi ancaman utama kepada golongan itu sejak tiga kematian dilaporkan setiap bulan.