21 Mac 2013
LONDON - Ikon remaja Pakistan, Malala Yousafzai dibenarkan menyambung persekolahannya selepas menjalani rawatan selama enam bulan akibat ditembak oleh seorang lelaki Taliban, Oktober lalu.
Menurut laporan AFP, Malala kini yang tinggal di England berkata, beliau tidak sabar bertemu rakan barunya di Sekolah Tinggi Edgbaston di Birmingham.
“Saya gembira kerana impian untuk kembali ke sekolah tercapai dan saya mahu semua remaja di dunia menuntut ilmu hingga peringkat tertinggi bagi menjamin masa depan sempurna,” katanya.
Menurutnya, walaupun tidak berpeluang menyambung persekolahannya di Pakistan, tetapi matlamat untuk melihat remaja di negaranya itu maju tetap menebal.
Calon Nobel Keamanan ini juga akan memulakan kurikulum baru dalam persediaan memilih mata pelajaran yang biasa diikuti oleh pelajar di England.
Oktober tahun lalu, Malala yang juga aktivis pendidikan remaja Pakistan ditembak pada jarak dekat ketika berada di dalam bas dalam perjalanan ke Swat, barat laut Pakistan.

No comments:
Post a Comment