BEIRUT - Presiden Lebanon, Michel Sleiman, sekali lagi mengutuk tindakan Syria melakukan serangan udara di sempadan bandar Arsal, timur wilayah Lebanon.

“Serangan itu tidak boleh diterima kerana ia menggugat kedaulatan undang-undang negara ini,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Dipetik laporan AFP, beliau mengarahkan Menteri Luar, Adnan Mansur untuk menghantar mesej bantahan kepada Syria supaya operasi itu tidak berulang.

Tetapi Syria menafikan, tenteranya terlibat dalam serangan udara itu.