Beijing: China termasuk dalam senarai lima pengeksport senjata terbesar dunia, kata kumpulan pemikir Sweden semalam.
Berada di tempat kelima, ia adalah kedudukan tertinggi China sejak Perang Dingin dengan Pakistan sebagai pembeli utama.
Kadar eksport senjata China antara 2008 dan 2012 meningkat 162 peratus berbanding tempoh lima tahun sebelumnya.
Kini, perkongsiannya dalam perdagangan senjata global meningkat daripada dua kepada lima peratus, kata Institut Penyelidikan Keamanan Antarabangsa Stockholm (SIPRI).
China menggantikan Britain dalam senarai lima negara paling banyak urus niaga senjata antara 2008 dan 2012.
Kumpulan itu dikuasai Amerika Syarikat yang mencatat 30 peratus kadar eksport manakala Russia, 26 peratus, kata SIPRI.
“China mengukuhkan kedudukan sebagai pembekal senjata besar kepada beberapa negara dan bilangannya meningkat,” menurut kenyataan Pengarah Program Pemindahan Senjata SIPRI, Paul Holtom.
Perubahan itu digariskan dalam laporan Aliran Pemindahan Senjata Antarabangsa SIPRI yang menandakan kali pertama China menjadi lima pengeksport senjata utama sejak data terakhir kumpulan pemikir itu pada 1986-1990.
Patuhi undang-undang antarabangsa
Jurucakap Kementerian Luar China Hong Lei, ketika ditanya mengenai laporan itu, berkata China pengeksport senjata bertanggungjawab yang mematuhi undang-undang antarabangsa. - REUTERS
Fakta nombor: 55 peratus eksport senjata China dibeli Pakistan
No comments:
Post a Comment