Tuesday, March 19, 2013

Hebat! Suasana dalam makmal cybertrooper Umno



SALAH seorang sahabat pembaca yang mendakwa dirinya merupakan salah seorang bekas cybertrooper Umno, di bawah seliaan Unit Media Baru, UMB mendedahkan gambar makmal UMB.

Menurutnya, makmal UMB Umno dilengkapi deretan komputer untuk semua cybertroopers upahan menjalankan tugas. Kebanyakkan mereka ditugaskan menyebar propaganda di facebook.

Di bawah ini gambar yang dikirimkan oleh beliau. Pengirim memaklumkan, dia sudah tidak lagi bersama Unit Media Baru, UMB dan berjanji akan mendedahkan semua maklumat tentang cybertroopers upahan ini termasuk blogger dan lain-lain.

Antara maklumat yang dimaksudkan adalah, nama blog, alamat, gambar, no telefon, dan lain-lain bagi memudahkan pimpinan Pakatan Rakyat untuk mengambil tindakan saman ke atas mereka yang gemar menabur fitnah di dunia internet.

Selepas ini jika ada mana-mana pimpinan Pakatan Rakyat yang mahu mengambil tindakan undang-undang ke atas cybertroopers Umno ini, tugas sudah semakin senang kerana semua maklumat mereka ada dalam simpanan.

" Siapa sedia wahai cybertroopers semua kah kah kah..."

No comments:

Post a Comment