ISTANBUL: Majlis Keselamatan pembangkang Syria hari ini memilih Ghassan Hitto, eksekutif komunikasi yang tinggal di Amerika Syarikat selama beberapa dekad, sebagai Perdana Menteri untuk wilayah yang diancam pemberontakan, huru-hara dan kemiskinan.
"Ghassan Hitto memenangi sebanyak 35 daripada 48 undi," kata ahli Gabungan, Hisham Marwa kepada pemberita di Istanbul, Turki.
Undian itu dibuat selepas 14 jam rundingan tertutup diadakan di kalangan 70 ahli Gabungan, dengan menyifatkan Hitto sebagai pemimpin disenangi kumpulan Islam dan puak liberal. - AFP
No comments:
Post a Comment