Tuesday, March 19, 2013

‘Terus buru, tiada gencatan senjata’



Lahad Datu: Tiada gencatan senjata. Itu amaran dilaungkan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib menegaskan tiada gencatan senjata sebaliknya usaha terus dilakukan bagi memburu pengganas yang masih bersembunyi di ladang kelapa sawit sekitar Tanjung Batu.

“Jamalul Kiram III tidak pernah mengotakan janji, tetapi meminta gencatan senjata dan pasukan keselamatan tidak percaya kepadanya.


“Dia boleh kata apa saja, tetapi kita tak percaya dia. Kita akan melakukan serangan habis-habisan terhadap musuh,” katanya pada sidang media di FELDA Sahabat 16, di sini, semalam, yang dihadiri Panglima 1 Divisyen Infantri Datuk Mohd Zaki Mokhtar.


Menurut Hamza, sehari sebelum dua anggota keselamatan terbunuh pada 1 Mac lalu, dia (Jamalul Kiram) mengeluarkan kenyataan kononnya mahu mengadakan gencatan senjata, namun memungkirinya.


“Sehari selepas Jamalul Kiram mengumumkan gencatan senjata, dua anggota keselamatan kita ditembak pengganas.


“Sekiranya mereka (pengganas) tidak meletakkan senjata dan menyerah diri, kita akan meneruskan operasi membersih dan menggeledah serta memburu mereka sehingga ke lubang cacing,” katanya.

No comments:

Post a Comment