Tuesday, March 19, 2013

umno khianat

Hanya anak-anak Kelantan yang tidak merasakan diri mereka anak Kelantan sahaja akan sanggup menyokong UMNO Berhad dan mengundi BN Berhad dengan pelbagai pengkhianatan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO Berhad dan BN Berhad terhadap rakyat Kelantan selama ini.

************

Apabila kerajaan Kelantan yang diwakili oleh PAS mengumumkan akan membina Lebuh raya Rakyat sepanjang 73 kilometer dengan belanja sebanyak RM1.8 bilion dari Kuala Krai ke Kota Bahru, berbagai cemuhan dan perhinaan dilakukan oleh kerajaan pusat dibawah pemerintahan Umno.


Para media pencacai dan pemimpin Umno/BN mula mencanangkan keseluruh negara yang projek itu hanyalah gimik politik PAS untuk meraih simpati rakyat Kelantan.



Projek Lebuh raya Kuala Krai ke Kota Bahru sebenarnya bukanlah janji PAS tetapi ia adalah janji kerajaan pusat pada Rancangan Malaysia (RMK) ke 5 lagi dan ia terus dijanjikan lagi pada Rancangan Malaysia (RMK) ke 9 semasa pentadbiran Pak Lah demi meraih undi rakyat Kelantan.



Tidakkah ia menunjukkan yang projek bernilai RM 1.8 bilion ini adalah gimik politik Umno dan ianya bukan dari PAS.


Apatah lagi dengan rayuan kerajaan Kelantan yang diterajui oleh TG Nik Aziz agar rakyat Kelantan sama-sama untuk membantu pembinaanya dengan menyumbang apa sahaja yang termampu oleh mereka kerana itulah ia dinamakan Lebuh raya Rakyat yang tidak akan dikenakan tol.



Kesungguhan kerajaan Kelantan dalam menjayakan projek ini benar-benar menyakitkan hati para pemimpin Umno Kelantan yang dianggap sebagai pengkhianatan kepada rakyat Kelantan sendiri kerana beberapa menteri kabinet Malaysia datangnya dari Kelantan.




Dalam isu royalti minyak yang sepatutnya diterima oleh kerajaan Kelantan telah dinafikan malah menteri-menteri dari Umno Kelantan sendiri menentang pemberian royalti kepada rakyat Kelantan walau pun ia mendapat sokongan yang tidak berbelah bagi dari Sultan Muhammad V.



Setiap titik air mata rakyat Kelantan yang dizalimi oleh pemimpin Umno Kelantan pasti akan mendapat pembelaan di akhirat nanti.





Sepertimana yang dihadapi oleh kerajaan PAS Terengganu pada tahun 2000, royalti minyak sebanyak 5% dari hasil yang dikeluarkan dari bumi Terengganu telah disekat dan digantikan dengan 'Wang Ehsan' yang mana wang royalti itu disalurkan kepada setiap ketua-ketua bahagian Umno.



Jadilah mereka sebagai penyamun tarbus yang membahagikan kekayaan itu sesama mereka.




Apakah Umno lupa tentang sejarah bagaimana Tun Abdul Razak selaku Timbalan Perdana Menteri merasa terkejut dengan kekalahan Umno/Perikatan di Terengganu pada pilihan raya 1959 dan Kelantan selepas itu.



Kerana terlalu marah dan sedih dengan kekalahan Umno, beliau menyifatkan rakyat Kelantan dan Terengganu sebagai manusia yang tidak mengenang budi kepada kerajaan Perikatan yang kononnya telah banyak membuat jasa kepada rakyat di kedua-dua buah negeri itu.


Sebagaimana anaknya Najib yang penuh celupar mengelarkan peneroka yang tidak bersetuju dengannya sebagai 'Haramjadah'. Maka samalah perangai bapak dengan anak yang menjadi boneka kepada penjajah haramjadah.




Ekoran kekalahan Umno dan Perikatan di Kelantan itu beberapa projek raksasa untuk negeri itu telah dibatalkan secara mengejut. Antaranya projek pembinaan jambatan yang menyeberangi Sungai Kelantan dari Seberang Pasir Mas, Salor ke Pasir Mas.



Tetapi jambatan yang menghubungkan Kampung Sirih dan Pekan Pasir (Kota Bahru-Pasir Mas/Tumpat) berjaya dibina oleh Kerajaan PAS Kelantan pada awal tahun 60an.




Jambatan yang mendekatkan penduduk sekitar Pasir Pekan, Tumpat dan Kutan dengan Kota Bahru ini diberi nama Jambatan Sultan Yahya Petra. Sebelum pembinaan jambatan itu siap ramai di kalangan pemimpin Umno Kelantan mempersendakan keinginan dan keazaman Kerajaan PAS Kelantan untuk membina jambatan yang menghubungkan Kampung Sirih (Kota Bahru) dan Pasir Pekan (Tumpat/Pasir Mas) itu.



Oleh itu marilah kita sama-sama menjayakan hasrat anak Kelantan untuk membina Lebuh raya Rakyat sepanjang 73 kilometer dengan belanja sebanyak RM1.8 bilion dari Kuala Krai ke Kota Bahru dan juga menyokong hasrat Kerajaaan Kelantan untuk membina laluan keretapi laju bagi menghubungkan negeri itu dengan negeri-negeri di Pantai Barat termasuk Johor untuk keperluan jangka masa panjang.

No comments:

Post a Comment