Tuesday, March 19, 2013

Keluarga Shahrizat tak pernah bincang



Kuala Lumpur: Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil memberitahu Mahkamah Tinggi semalam, ahli keluarga beliau tidak pernah berbincang mengenai pembelian dua unit kondominium oleh syarikat berkaitan National Feedlot Corporation (NFCorp).

Tidak tahu tarikh
Shahrizat dalam keterangannya ketika menjawab soalan peguam Ranjit Singh yang mewakili Pengarah Strategik PKR, Mohd Rafizi Ramli, berkata beliau tidak tahu tarikh urus niaga kondominium itu dibuat tetapi hanya sedar selepas ada dakwaan pembelian menggunakan dana NFCorp.

Shahrizat berkata demikian dalam perbicaraan kes saman fitnah RM100 juta difailkan terhadap Mohd Rafizi dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin kerana mendakwa kedua-dua defendan mengadakan kenyataan akhbar mengecam NFCorp, bekas Pengerusi Eksekutif syarikat itu yang juga suaminya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail dan keluarganya.

Perbicaraan di depan Pesuruhjaya Kehakiman, Vazeer Alam Mydin Meera bersambung hari ini.

No comments:

Post a Comment