Thursday, March 7, 2013

Lebih ramai puak bersenjata Sulu terbunuh, kata KPN



LAHAD DATU, 6 Mac — Lebih ramai militan Sulu mati dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan di sini tengah hari tadi, kata Tan Sri Ismail Omar, tanpa menyebut sebarang nombor. 
Ketua Polis Negara (KPN) itu berkata, pasukan keselamatan meluaskan operasi mereka dari Kampung Tanduo ke Kampung Tanjung Batu.
“Pada 4.15 petang, berlaku kejadian tembak menembak di kawasan kampung (Tanjung Batu),” kata Ismail kepada wartawan hari ini.
“Kita percaya terdapat banyak musuh yang mati, tapi kita tak boleh beri sebarang angka pada masa ini,” katanya lagi.
Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, yang turut berada di sidang media, berkata hanya sembilan mayat puak bersenjata Sulu ditemui, dari 13 kematian di pihak mereka.
Beliau berkata 12 orang mati sejak Jumaat lalu, manakala seorang lagi mati pagi ini.
Beliau menambah pihak berkuasa kini sedang mencari saki baki mayat pihak musuh.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan 13 kematian puak bersenjata Sulu selepas serangan udara ke atas Kampung Tanduoi, tetapi menegaskan jumlah kematian masih tidak diketahui kerana kerja forensik masih belum dijalankan.

No comments:

Post a Comment