Thursday, March 7, 2013

Video keganasan polis tersebar

Video keganasan polis tersebar
Antara paparan aksi dimuat naik ke dalam laman You Tube.
JAKARTA - Paparan video keganasan polis Indonesia di muat naik dalam laman video You Tube mencetuskan kontroversi pelbagai pihak.

Jurucakap Polis Negara, Boy Rafli Amar berkata, pihaknya masih menyiasat visual video terbabit yang melibatkan puluhan anggotanya melakukan kekerasan termasuk menembak militan yang ditahan beberapa bulan lalu.

Paparan video berdurasi 14 minit itu menyaksikan suspek didera dengan memaksa seorang militan menanggalkan seluarnya sebelum menembak mereka di dada.

Video juga turut memaparkan anggota polis memijak tiga suspek dengan tangan terikat dan mengherdik dengan cacian sebelum menembaknya.

“Kami masih mengkaji video itu kerana sumber video terbabit masih tidak diketahui. Siasatan dalaman akan dilakukan terlebih dahulu terhadap anggota terlibat, “ katanya.

Menurutnya, kesemua anggota yang melakukan keganasan itu memakai jaket kalis peluru dan topi keledar, telah dikenal pasti sebagai Ahli Detasmen Anti-keganasan Skuad 88, manakala selebihnya daripada unit Elit Polis Mobile Brigade.

“Lelaki yang ditembak, dikenal pasti sebagai Wiwin. Beliau di penjara kerana memenggal kepala tiga gadis Kristian di Poso pada 2005, manakala yang lain telah dipenjarakan lebih daripada 10 tahun atas kes keganasan lain, termasuk pengeboman,” katanya.

Beliau berkata, insiden itu berlaku di kawasan militan Poso, di pulau Sulawesi di mana anggota polis menjadi sasaran utama militan selepas beberapa plot pengeboman dirancang kumpulan itu menemui kegagalan. - AFP

No comments:

Post a Comment