Tentera Australia
Tentera Australia melakukan latihan darat di Pohang.
SEOUL - Tentera Australia buat pertama kalinya mengambil bahagian dalam latihan tahunan ketenteraan bersama Korea Selatan dan Amerika Syarikat di Pohang.

Jurucakap kementerian Korea Selatan berkata, seramai 18 tentera menyertai latihan darat sebagai sebahagian daripada latihan Foal Eagle yang selama ini hanya dilakukan bersama tentera  AS.

“Australia adalah sebahagian daripada 16 ahli negara di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang pernah bersama-sama Korea Selatan dalam peperangan menentang Korea Utara dan China pada 1950 hingga 1953," katanya.

Pemerhati antarabangsa menyifatkan, tindakan Australia itu menambahkan lagi tekanan terhadap provokasi Korea Utara. - Reuters