Sunday, April 21, 2013

Rakyat Iraq mula mengundi pada pilihan raya pertama



BAGHDAD 21 April - Rakyat Iraq mula mengundi semalam, dalam pilihan raya pertama sejak tentera Amerika Syarikat (AS) meninggalkan negara ini.
Bagaimanapun, timbul tanda tanya terhadap kredibiliti pilihan raya wilayah bagi memilih gabenor baharu itu kerana kebanyakan penduduk bimbang untuk keluar mengundi atas faktor keselamatan dan pertikaian politik.
Tiada jumlah peratusan keluar undi yang dikeluarkan selepas proses pengundian ditamatkan pada pukul 5 petang waktu tempatan.
Pengiraan kertas undi dijangka hanya dimulakan hari ini yang diumumkan sebagai cuti umum di Iraq. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130421/lu_03/Rakyat-Iraq-mula-mengundi-pada-pilihan-raya-pertama#ixzz2R3BxORZT
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment