21/04/2013 3:05am
NEW DELHI - Menurut satu sumber kerajaan India, puluhan tentera China telah mendirikan khemah di kawasan terpencil yang dituntut oleh negara itu.
Tambah sumber itu lagi, seramai 50 askar dari platun tentera China telah memasuki kawasan timur Ladakh berdekatan pergunungan Himalaya 10 kilometer melebihi sempadan. Mereka dilaporkan telah mendirikan beberapa buah khemah di kawasan yang dituntut oleh India pada 15 April lalu.
Bagaimanapun, pihak dari New Delhi yakin masalah perebutan kawasan itu dapat diselesaikan dengan cara yang aman menerusi hubungan diplomatik kedua-dua negara.
"Insiden seperti ini sering saja berlaku tetapi dapat diselesaikan dengan baik berdasarkan hubungan dua hala yang wujud dalam perjanjian sebelum ini.
"Kami juga yakin situasi yang berlaku baru-baru ini dapat diselesaikan dengan baik dan secara aman," ujar jurucakap kerajaan India. - AFP
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0421&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_03.htm#ixzz2R3xCqrpR
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment