Sunday, April 21, 2013

Presiden Morsi mahu umumkan rombakan kabinet


21/04/2013 3:06am

KAHERAH - Presiden Mesir, Mohamed Morsi dijangka akan mengumumkan rombakan kabinet tetapi tidak akan menuruti permintaan pembangkang yang mahukan rombakan kerajaan sepenuhnya.
Morsi telah menulis di akaun Twitter beliau bahawa dia akan melakukan perubahan dalam kementerian dan menggantikan gabenor-gabenor wilayah, selain menyatakan jawatan akan diberikan kepada mereka yang layak.
Pegawai dari kediaman rasmi Presiden memberitahu, ucapan Morsi itu adalah petikan daripada satu temu bual yang telah dilakukan oleh beliau bersama stesen televisyen Al-Jazeera.
"Kemungkinan ada pertukaran menteri seramai enam hingga lapan orang dan rombakan meluas gabenor-gabenor di wilayah.
"Satu jawatan penting akan diubah, tetapi saya tidak boleh memberitahu kalian buat masa ini kerana ia adalah isu sensitif," kata pegawai itu lagi.
Morsi juga berulang kali menyatakan keyakinannya terhadap pentadbiran Perdana Menteri, Hisham Qandil. Bagaimanapun, Hisham tidak disenangi kumpulan pembangkang negara itu yang kerap mendesak agar beliau dipecat. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0421&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_04.htm#ixzz2R3xohWtC 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment