Sunday, April 21, 2013

Pertempuran di Mesir, 82 cedera


KAHERAH 20 April - Sekurang-kurangnya 82 orang cedera dalam pergaduhan membabitkan kumpulan aktivis pembangkang dan kumpulan penyokong pergerakan Islam di sini, semalam.
Pergaduhan tersebut tercetus dekat Dataran Tahrir, kira-kira 500 meter daripada kedudukan penyokong kerajaan mengadakan bantahan.
Kedua-dua pihak saling membaling batu ke arah satu sama lain dan beberapa aktivis pembangkang turut melepaskan tembakan menggunakan pistol buatan sendiri ke arah penyokong Ikhwan Muslimin yang menguasai sebuah jambatan utama di Sungai Nil.
Pengarah Agensi Kecemasan Mesir, Mohammed Sultan memaklumkan, seramai 82 orang dimasukkan ke hospital setakat ini. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130421/lu_10/Pertempuran-di-Mesir-82-cedera#ixzz2R3DFR2YF
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment