Sunday, April 21, 2013

Siapa akan pandu kereta peronda Ferrari?


Dubai: Siapa yang akan memandu kereta peronda terbaru polis Dubai Ferrari FF - anggota muda atau tua?

Sejak kereta itu diumum akan digunakan oleh pasukan berkenaan, pelbagai cadangan dikemukakan kepada pihak berkuasa.
Seorang penduduk mencadangkan supaya kereta itu tidak dipandu oleh anggota polis muda kerana ia pasti sukar untuk mereka mengelak daripada tergoda dengan kecanggihan dan kelajuan kereta itu.

“Kereta itu perlu dipandu oleh anggota yang sudah berusia, bukan yang muda bagi mengelak daripada ia disaman kerana dipandu laju,” kata seorang penduduk, Mohammed.


Bagaimanapun, Ketua Polis Dubai Lt Jeneral Dhahi Khalfan Al Tamin mempunyai rancangan berbeza.


Dalam laman Twitternya, Dhahi menulis, kereta canggih itu tidak akan dipandu oleh anggota sudah berusia mahupun anggota muda, tetapi oleh anggota polis wanita.

“Kereta peronda Ferrari akan digunakan oleh anggota wanita dalam pasukan polis,” kata Dhahi.

Menerusi gambar yang diedarkan oleh pihak berkuasa Dubai, kereta Ferrari itu ialah siri FF yang dilengkapi enjin V12 dan berharga kira-kira Dh900,000 (RM738,000.).

No comments:

Post a Comment