Sunday, April 21, 2013

Calon bawa anak elak 'diculik'


Limbang: Sanggup bawa anak kerana takut pencadang atau penyokongnya 'diculik'.

Itu yang dilakukan seorang ahli perniagaan, Charlie Soh Cheng Hiong, 55, yang pada mulanya mahu bertanding atas tiket Bebas di Parlimen Limbang, sebelum menarik diri daripada bertanding.
Cheng Hiong yang pernah bertanding di Parlimen Bukit Mas pada 1999 tetapi hanya mendapat 3,116 undi berbanding calon BN, Henry Sum Agong, yang mendapat 13,642 undi ketika itu, mendakwa terpaksa membawa anak lelakinya, Dexter Eldie Soh, 25, kerana takut pencadang atau penyokongnya ‘diculik’ atau jika mereka belot pada saat-saat akhir.

Isi borang di pintu masuk

Malah semalam, Cheng Hiong yang membawa sampul surat bertulis ‘Mesra Transformasi’ hanya mengisi borang penamaan calon di pintu masuk pusat penamaan calon bagi Parlimen Limbang di Dewan Suarah Limbang, kerana bimbang penyokong atau pencadangnya ‘diculik’ dalam perjalanan ke situ.

“Semalam saya sudah ada pencadang dan penyokong. Tetapi hari ini (semalam) mereka menghilangkan diri. Nasib baik saya sempat mendapatkan seorang penyokong dan pencadang di saat akhir. Sebab itu saya hanya isi borang di pintu masuk ini dan sebab itulah saya bawa sekali anak saya sebagai penyokong atau pencadang ‘simpanan’ jika diperlukan,” katanya.

No comments:

Post a Comment