Tuesday, April 9, 2013

Menantu Osama dibicarakan di New York hari ini



09/04/2013 3:18am

NEW YORK - Bekas menantu dan jurucakap ketua rangkaian Al-Qaeda, Osama bin Laden akan dihadapkan ke mahkamah persekutuan Amerika Syarikat (AS) di sini hari ini, sebulan selepas dia mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan keganasan.
Sulaiman Abu Ghaith, 47, didakwa kerana berkomplot untuk membunuh warga AS.
Lelaki tersebut yang berasal dari Kuwait dipercayai merupakan pakar propaganda kanan rangkaian Al-Qaeda.
Sulaiman ditahan pihak berkuasa AS di luar negara pada 28 Februari lalu dan dibawa ke sini pada 1 Mac lepas.
Hakim Lewis Kaplan berkata, beliau akan menetapkan tarikh perbicaraan Sulaiman pada sesi pendengaran kes tersebut yang dijadualkan hari ini. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0409&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_06.htm#ixzz2PuhBVRh8 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment