Tuesday, April 9, 2013

Musharraf didakwa khianat



Islamabad: Kepulangan bekas presiden Pervez Musharraf ke Pakistan, yang mencetuskan pelbagai masalah berterusan semalam apabila mahkamah agung negara itu mempertimbangkan satu permohonan untuk membicarakan beliau kerana kesalahan melakukan pengkhianatan.

Jeneral bersara itu kembali ke Pakistan selepas hidup di dalam buangan selama empat tahun dan kembali untuk bertanding dalam Parlimen bagi pilihan raya umum 11 Mei ini bagi menyelamatkan negara senjata nuklear, yang dilanda masalah itu.
Pencalonan ditolak

Bagaimanapun kertas pencalonan Musharraf ditolak di tiga daripada empat kawasan, yang dirancang beliau untuk bertanding sebaliknya beliau kini berhadapan dengan kes perundangan.

Mahkamah Agung akan mendengar petisyen oleh presiden persatuan mahkamah tinggi Rawalpindi, Taufiq Asif, yang mahu membicarakan Musharraf kerana perbuatan khianat melaksanakan pemerintahan darurat pada 2007.

Selain itu, Musharraf berdepan beberapa kes perundangan lain. Beliau terselamat daripada tuduhan terbabit dengan pembunuhan bekas perdana menteri, Benazir Bhutto pada 2007 dan pemimpin pemisah Baluch pada 2006 selain kesalahan memecat dan menahan hakim pada 2007.

Demokrasi pertama
Pilihan raya akan datang bakal memberikan perubahan kuasa demokrasi pertama dalam sejarah Pakistan, yang diperintah tentera sejak sekian lama kebanyakan di bawah Musharraf dan berhadapan dengan kelemahan ekonomi, ketidakstabilan yang kronik serta kemiskinan.

Selepas meletak jawatan pada 2008, kekuasaan Musharraf semakin lemah dan bulan lalu beliau dibaling kasut di mahkamah oleh seorang peguam yang marah, penghinaan paling besar di dalam masyarakat Islam.
AFP

No comments:

Post a Comment