Tuesday, April 9, 2013

WikiLeaks bocor lagi rekod diplomatik AS



London: Laman web WikiLeaks menyiarkan lebih 1.7 juta lagi rekod diplomatik dan perisikan Amerika Syarikat terhadap semua negara lain semalam.

Data yang disiarkan semalam membabitkan tempo 1973 hingga 1976 termasuk laporan dan surat menyurat perisikan dan anggota Kongres.
WikiLeaks menyifatkan Pertustakaan Awam Amerika sebagai lokasi paling mudah mengakses komunikasi diplomatik dan rahsia Amerika.

Sebahagian besarnya dijalankan oleh pengasas WikiLeaks, Julian Assange, 41, ketika berada di Kedutaan Ecuador di sini sejak tahun lalu.

Warga Australia itu mendapatkan perlindungan kedutaan itu pada Jun tahun lalu.

Ini kerana dia bimbang akan dihantar ke Sweden bagi menghadapi keganasan seks oleh dua wanita, sesuatu yang turut ditolak.

Diberi suaka politik
Kerajaan Ecuador memberi Assange suaka politik dan sering menawarkan kepada pendakwa raya Sweden bersemuka dengan ketua WikiLeaks itu di Knightsbridge, tengah London.

Assange berkata, maklumat itu menunjukkan betapa besarnya kegiatan diplomatik dan perisikan Amerika di seluruh dunia.

Henry Kissinger adalah Setiausaha Negara Amerika ketika tempoh berkenaan dan banyak laporan ditulis atau dihantar kepadanya.

Beribu-ribu dokumen ditanda ‘NODIS’ atau ‘no distribution’ (bukan untuk diedar) atau ‘Eyes Only’ selain laporan yang dikelaskan sebagai sulit atau rahsia.

Assange berkata, WikiLeaks sudah membuat analisis lengkap komunikasi itu melebihi tahap ‘Cablegate’ yang membabitkan 250,000 laporan diplomatik Amerika pada November 2010 dan tahun berikutnya.

Dokumen berkenaan yang mendedahkan dasar luar Amerika sejak satu dekad lalu, disiarkan selepas dibocorkan.

Koleksi yang disiarkan semalam bukan hasil pembocoran tetapi Assange berkata, WikiLeaks berusaha sejak setahun lalu untuk menganalisis dan menilai data arkib Amerika sebelum menyiarkannya.

Assange berkata, WikiLeaks memiliki sistem teknikal sofitstikated bagi menilai data yang banyak.

No comments:

Post a Comment